Wednesday, October 13, 2010

KURSUS JAHITAN BAJU KURUNG DAN MANIK

Salam semua pembaca blog sekalian...

Kali ini,  kakijahit nak mencanangkan kepada semua satu kursus yang sangat2 dinantikan oleh semua kaki-kaki jahit yang baru nak belajar...yang xpenah pegang jarum dan benang..atau yang xreti nk gunting sejak sekolah tadika lagik..hahhaa...kami gerenti lepas ini anda sgt terer menggunakan alatan tersebut....ecececeh

Kami di kakijahit bersedia membantu anda dengan menganjurkan satu kursus jahitan untuk mereka yang sangat berminat untuk belajar menjahit baju kurung serta sulaman manik..wah jelas terasa gtew...makanya, kamu bisa memakai baju kurung itu bersama manik yang kamu sendiri jahit...mantap ok!


Kursus ini akan diadakan selama 2hari di Port Dickson,n9 bermula dari 8.30 pagi hingga 5.30 ptg...anda semua jgn risau kerana makan dan minum disediakan....bagi mereka yang dtg dari jauh, penginapan juga disediakan cume tambahannya rm30 sahaja...oppss...sebelum terlupa, kursus selama 2hari ini dikenakan bayaran cume rm250 sahaja lengkap bersama modul jahitan dan brg2 kelengkapan...anda hanya perlu membawa diri yang comel itu ke lokasi kakijahit...deposit sebanyak rm50 untuk booking diri anda ke kursus ini taw..


Setiap kursus yang dijalankan hanya terhad kepada 25 org kaki jahit sahaja...anda tidak perlu berkongsi2 mesin jahit kerana kami sangat mampu menyediakan 25 buah mesin untuk setiap seorang...mak sy kate jangan berlagak  wakakaka....

Jadi amenda yang ditunggu2 lagik nih? marilah menyebarkan berita gembira ini kepada kaki-kaki jahit yang lain... kami di kakijahit sentiasa menantikan kehadiran anda di sini...kursus akan datang dijadualkan pada 13 & 14 NOVEMBER 2010....sape cepat, dialah kaki jahit sebenarnya...

1 comment: