Tuesday, October 19, 2010

KOLEKSI SENI MANIK KAKIJAHIT

Salam semua pembaca blog...

Hari ini, kakijahit akan menunjukkan pada anda antara koleksi2 seni jahitan manik...Sila layan gambar ok...










sekian untuk tatapan semua....


Wednesday, October 13, 2010

KENALI PN.ESAH-KAKIJAHIT

Salam semua...

Hari ini, kakijahit ingin memperkenalkan kepada anda tenaga pengajar yang tidak jemu2 mencurahkan ilmu kepada mereka yang berminat dalam jahitan baju dan manik...

Biodata Tenaga Pengajar

Nama              : Pn. Siti Esah Bt Baharudin

Status             : Berkahwin + ibu kepada dua org cahaya mata

Umur              : Dirahsiakan...(Awet muda lagik)

Kemahiran       : 1) Sijil MLVK Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3
                         2) Sijil dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) -Khusus jahitan Pakaian
                         3) Sijil dari Impiana Decor -Khusus Jahitan Langsir

Pengalaman        : 12 tahun

Syarikat             : MZ Cekal Enterprise (Kelas Jahitan, Kontraktor, Baju Pengantin)

Alamat Syarikat  : 4958 Taman Pantai Mas, Batu 21/2 Jalan Seremban, 71000 Port
                          Dickson,Negeri Sembilan





sebelah kiri Pn. Siti Salmiah (adik) dan Kanan adalah Pn. Siti Esah


KELAS JAHITAN MANIK

Salam semua pembaca blog...

Perhatian pada semua pembaca blog ini..

Team kakijahit akan mengadakan kelas jahitan manik juga pada masa akan datang... 

KURSUS JAHITAN BAJU KURUNG DAN MANIK

Salam semua pembaca blog sekalian...

Kali ini,  kakijahit nak mencanangkan kepada semua satu kursus yang sangat2 dinantikan oleh semua kaki-kaki jahit yang baru nak belajar...yang xpenah pegang jarum dan benang..atau yang xreti nk gunting sejak sekolah tadika lagik..hahhaa...kami gerenti lepas ini anda sgt terer menggunakan alatan tersebut....ecececeh

Kami di kakijahit bersedia membantu anda dengan menganjurkan satu kursus jahitan untuk mereka yang sangat berminat untuk belajar menjahit baju kurung serta sulaman manik..wah jelas terasa gtew...makanya, kamu bisa memakai baju kurung itu bersama manik yang kamu sendiri jahit...mantap ok!


Kursus ini akan diadakan selama 2hari di Port Dickson,n9 bermula dari 8.30 pagi hingga 5.30 ptg...anda semua jgn risau kerana makan dan minum disediakan....bagi mereka yang dtg dari jauh, penginapan juga disediakan cume tambahannya rm30 sahaja...oppss...sebelum terlupa, kursus selama 2hari ini dikenakan bayaran cume rm250 sahaja lengkap bersama modul jahitan dan brg2 kelengkapan...anda hanya perlu membawa diri yang comel itu ke lokasi kakijahit...deposit sebanyak rm50 untuk booking diri anda ke kursus ini taw..


Setiap kursus yang dijalankan hanya terhad kepada 25 org kaki jahit sahaja...anda tidak perlu berkongsi2 mesin jahit kerana kami sangat mampu menyediakan 25 buah mesin untuk setiap seorang...mak sy kate jangan berlagak  wakakaka....

Jadi amenda yang ditunggu2 lagik nih? marilah menyebarkan berita gembira ini kepada kaki-kaki jahit yang lain... kami di kakijahit sentiasa menantikan kehadiran anda di sini...kursus akan datang dijadualkan pada 13 & 14 NOVEMBER 2010....sape cepat, dialah kaki jahit sebenarnya...

SALAM PERKENALAN

Salam...

Buat semua pembaca blog atau jiran2 tetangga...salam perkenalan dari kakijahit team...kami sangat2 mengalu-alukan singgahan anda ke blog kami yang xseberapa ini.....

Blog ini diwujudkan khusus kepada mereka yang ingin belajar menjahit tapi xtaw kat mane celahnya...dengan kewujudan teknologi yang canggih dan terkini, kami di team kakijahit ingin mengajak anda men-join kami untuk belajar menjahit secara mudah, pantas dan efisen....

Khusus untuk mereka yang berada di Negeri Sembilan/ Melaka anda sangat-sangatlah digalakkan untuk menghadiri kursus ini....Mereka yang dari luar kawasan juga, amatlah dialu-alukan kehadiran bagi memantapkan ilmu didada yang telah sedia mantap..hehee

jumpe di entry seterusnya untuk explanation kursus jahitan ini...